Thursday, December 16, 2010

MADAH BUAT WANITA


Jangankan lelaki biasa,

Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka,
fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu,
untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,

Didiklah mereka dengan panduanNya,
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan liat,
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka derita,
Kenalkanlah mereka kepada Allah,
Zat yang kekal,
Di situ punca kekuatan dunia!!!

Akal senipis rambutnya,
Tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca,
Kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya,
mereka akan lihat nilaian dan keadilan,

Tuhan,
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa,
Kelembutan bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan,
Jinakkanlah diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya
di bawah pimpinanmu,
Jangan mengharapkan isteri semulia
Fatimah Az Zahra,
Andai dirimu tidak sehebat
Saidina Ali Karamallahawajhah.

Hanya Untukmu

Semakin malam ku semakin terlelap oleh larutnya malam…
Semakin malam ku terhanyut ditemani bintang-bintang…
Wajahmu kan slalu hadir disetiap mimpi-mimpiku…
Hingga kini aku heran mengapa ku sangat ingin mengenalmu…
Apakah ini perasaan cinta ?
Apakah ini perasaan suka belaka ?
Yang ku tahu ku tak ingin berpaling darimu…
Perasaan ini semakin lama semakin tak menentu…
Andai kamu bukakan hatimu untukku…
Ku kan slalu menjagamu seumur hidupku…
Bunga mawar walau berduri akan tetap slalu indah…
Kan kujaga cintaku padamu walau kubanyak menderita…
Dirimu kan slalu damba walau kau slalu berpaling dariku…
Kan kujaga rasa cinta ini walau kau tak mencintaiku…
Kan kupupuk rasa ini walau raga ini tlah layu…
Kan slalu kunanti cintamu hingga akhir nafasku…

Mengenali Cinta

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

”Dimana ada cinta yang besar, disana akan ada keajaiban” Willa Cather 

“Jika ingin dicintai, jadilah orang yang mudah dicintai.” Ovid (Penyair besar Romawi) 

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih ingin memilikinya. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkanlah kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia umpama setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanah yang berlainan titis embun itu jatuh yang membezakannya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah ia dengan kedurjanaan, pendustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka